Wednesday, August 06, 2008

Saturday, August 02, 2008

Lawatan Sambil Belajar

Rombongan sedang bergerak masuk ke Bread Town, Kilang Roti High5, Shah Alam

Bersama Cikgu Aziz, ketua rombongan kali ini pada 31 Julai 2008. Lawatan ke Bread Town dan sekitar Shah Alam. Kaki dah lenguh kerana banyak berjalan dalam lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Ambik masa untuk melepaskan penat.

Guru-guru dan sebahagian pelajar sedang menikmati jamuan ringan, nasi goreng dan air kotak.

Saturday, June 14, 2008

23,471 guru, pensyarah dapat kenaikan gred

PUTRAJAYA: Gred bagi 23,471 pegawai di sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Serentak itu, semua pengetua sekolah menengah Tingkatan Enam dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52 manakala penyelia Tingkatan Enam diberi taraf Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 dan DG44 masing-masing jika sekolah mereka mempunyai 10 kelas atau lebih dan sembilan kelas atau kurang.

Kelulusan kerajaan itu juga membabitkan 794 pengetua sekolah Tingkatan Enam bergred DG52 dan 116 pengetua sekolah menengah mempunyai 1,750 murid atau lebih (sekolah enrolmen 1,750) yang kini dikategorikan dalam gred sama.

Berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus akan disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan menyediakan guru khusus memandangkan sebahagian guru terbabit turut mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan besar.

"Dengan cara itu kita akan ubah sistem pengajaran melalui kuliah, tutorial dan juga cara yang diamalkan di universiti," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan kerajaan berhubung perkara itu di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728).

"Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Urusan pengisian jawatan adalah secara berterusan dan bukan secara sekali saja," katanya

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pengumuman yang dibuat Kementerian Pelajaran itu tepat pada masanya selaras usaha meningkatkan profesionalisme perguruan.

"Kita berharap Penolong Kanan di sekolah menengah biasa yang bergred A dan B turut dinaikkan ke gred DG48 supaya setaraf guru biasa dan penolong kanan di Tingkatan Enam," katanya.

Oleh Mohd Hamizar Hamid
sumber : Berita Harian Online 13 Jun 2008

Komen : Terima kasih daun keladi

Sunday, May 18, 2008

PM umum insentif guru

MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran.

Berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Perdana Menteri yakin dengan insentif-insentif itu guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerja.

“Saya berharap guru-guru akan berjalan sebatu ke depan. Inilah yang kita mahu.

“Mudah-mudahan apa yang diberikan ini akan diterjemahkan oleh para guru dengan bekerja lebih bersungguh-sungguh supaya kita dapat melahirkan pelajar yang lebih cemerlang,'' katanya.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 guru yang mendengar ucapannya. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju(1) untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.

“Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan hadiah kenaikan gaji kepada kakitangan awam,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan guru yang menggalakkan guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan juga bersetuju(2) meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41.

Susulan kepada penambahan kuota jawatan dalam skim cemerlang sebanyak 300 peratus pada tahun 2006, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju (3) untuk menambah baik dua syarat skim guru cemerlang.

Ini termasuk memendekkan syarat tempoh kelayakan guru cemerlang dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar bagi pengisian jawatan guru cemerlang DGA32 dari gred asal DGA29 dan jawatan guru besar cemerlang DG44 dari gred asal DG41.

“Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang,'' kata Perdana Menteri.

Beliau turut mengumumkan(4) peruntukan 10 peratus daripada 1,700 kuota guru besar cemerlang DGA38 akan diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Selain guru dan guru besar bukan siswazah serta guru dan guru besar cemerlang, turut mendapat suntikan daripada insentif yang diumumkan itu ialah para pegawai pelajaran daerah (PPD).

Abdullah berkata, kerajaan bersetuju(5) untuk menaikkan gred PPD dari gred DG48 kepada gred DG52 dan DG54.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyeragamkan struktur pejabat pelajaran daerah di seluruh negara dengan memansuhkan pejabat pelajaran gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan ini juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di pejabat pelajaran daerah,'' ujar beliau.

Beliau turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan baru(6) Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada tahun 1995.

Peringkat awal kelulusan itu akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA A.

Sebagai contoh, jelasnya, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbanding sebelum ini berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54.

Beliau percaya penstrukturan itu dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat di negara ini.



Komen Penulis : Kami guru-guru siswazah DG41.....

sumber : Utusan online 17 Mei 2008


Saturday, May 17, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008

"Bangun, Assalamualaikum cikgu..." bergema suara ketua kelas mengarahkan semua pelajar memberi salam kepada setiap guru di setiap pagi mulai pukul 7.30 pagi. Bagi yang tidak lagi bersekolah, ungkapan tersebut sekadar memori yang telah terpahat di benak kepala. Sejak tadika sehinggalah menamatkan SPM, ucapan itu sentiasa dibibir, setiap hari persekolahan. "Terima Kasih Cikgu" bukan sekadar ucapan, sepatutnya datang dari hati yang ikhlas. Memori lampau itu, kini saya terima setiap hari.

Tahun bersilih ganti, namun sambutan hari guru tetap memberi makna yang mendalam . Kalau dulu saya memeriahkan sambutan, kini masanya pula disambut sebagai seorang guru. Aneka perangai dan ragam para pelajar menyambutnya. Dari persembahan hinggalah memberi hadiah kepada guru-guru yang mereka sanjung.

Mengenai hadiah sempena hari guru tahun ini, anak-anak meminta disediakan hadiah kepada semua guru mata pelajarannya. Tak jadi hal, tapi ada 4 orang yang masih bersekolah, berpinar jugak dibuatnya. Mane taknya, paling komen RM5 dan kalau dah berbelas-belas hadiah? Ikut jugak kemahuan anak. Untuk guru, saya pun guru jugak.

Kepada semua guru "SELAMAT HARI GURU"~"GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG"


Thursday, May 08, 2008

Peperiksaan

Peperiksaan Semester 1, 2008 telah bermula. Semoga semua pelajar telah bersedia untuk menghadapinya. Kejayaan pasti diraih berkat usaha gigih selama ini.